SPE MARA membolehkan aktiviti perolehan dijalankan secara telus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan MARA. SPE MARA akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam urusan perolehan MARA kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
Pengguna MARA dan juga pembekal berinteraksi secara dua hala di dalam urusan perolehan yang dijalankan. Selain itu, pembekal boleh mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada Pusat Kos MARA secara online.
SPE MARA dilaksanakan secara berfasa melalui Modul Pembelian Terus dan diikuti dengan Modul Sebutharga, Tender dan eBidding ke seluruh Pusat Kos MARA.