» PENGENALAN SPE MARA  
» PEKELILING  
» CIRI DAN KELEBIHAN SISTEM  
» DAFTAR PEMBEKAL  
» SOALAN LAZIM  
» KHIDMAT PELANGGAN  
 
     
     
 
 
     
 
     
     
 
     
     
 
 
SOALAN LAZIM

S01. Adakah MARA mengeluarkan arahan pekeliling kepada pembekal bahawa pihak MARA membuat pembelian barangan / perkhidmatan melalui Sistem Perolehan Elektonik (SPE) ?
Ya, Pihak MARA telah mengeluarkan Surat Arahan/Pekeliling pada bulan April 2009.

S02. Adakah SPE MARA menggunakan alamat URL yang sama dengan alamat URL eP kerajaan ?
Tidak. URL yang digunakan untuk SPE MARA adalah berbeza dengan URL eP Kerajaan iaitu http://www.spemara.com.my

S03 : Modul Perolehan apakah yang terlibat di dalam penggunaan SPE MARA?
Modul Perolehan dan nilai transaksi untuk setiap modul telah ditetapkan, seperti berikut :

1) Modul Pembelian Terus
: RM 501.00 sehingga RM 50,000.00
2) Modul Sebutharga
: RM 50,001.00 sehingga RM 500,000.00
3) Modul Tender
: RM 500,001.00 dan keatas

Dan juga pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat dan akan dimaklumkan kepada pihak pembekal dari semasa ke semasa.

S04 : Berapakah kadar peratus yang dikenakan kepada pembekal apabila berjaya membekalkan kepada pihak MARA menggunakan sistem SPE MARA?
Kenaan 0.7% daripada setiap transaksi yang lengkap kepada pembekal.

S05 : Adakah pengguna diwajibkan untuk menggunakan Smart Card untuk mengakseskan SPE MARA?
Tidak perlu, pembekal hanya menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang disediakan oleh pihak MARA untuk mengakseskan SPE MARA.

S06. Sekiranya pihak pembekal menukar alamat emel baru, apakah yang perlu dilakukan?
Sekiranya pihak pembekal bertukar emel, maka pihak pembekal perlu mengemaskini maklumat emel yang terdapat didalam Sennego. Ini PENTING, sebab setiap aktiviti perolehan yang menggunakan SPE MARA akan dimaklumkan kepada pihak Pembekal untuk tindakan seterusnya melalui emel yang telah didaftarkan.

S07 : Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pembekal sekiranyan terlupa kata laluan?
Mereka boleh menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan Sennego dan pembekal akan diberi kata laluan yang baru.

S08 : Sekiranya pihak Pembekal dan Pengguna MARA tidak menerima sebarang notifikasi semasa menggunakan sistem SPE MARA, apakah yang patut dilakukan.
Setiap tindakan yang berlaku, sistem akan menghantar satu notifikasi melalui email pengguna. Sekiranya tidak, pengguna perlu memeriksa email yang dimasukkan adalah betul. Sekiranya masih GAGAL, maka perlu menghubungi khidmat pelanggan untuk tindakan seterusnya.

S09. Adakah pembekal atau pihak MARA mencipta nota pelarasan kredit dan penghantaran separa?
Bagi SPE MARA, hanya pembekal sahaja yang dibenarkan untuk mencipta nota pelarasan kredit dan penghantaran separa. Namun kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

S10. Bagaimanakah pembayaran kepada pembekal dilakukan melalui atas talian atau luar talian (manual)?
Pembayaran kepada pembekal masih menggunapakai pembayaran secara manual pasa masa sekarang. Dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

S11 : Adakah pihak MARA dibenarkan untuk membatalkan Pesanan Pembelian (PO) ketika membuat pembelian melalui SPE?
Pesanan Pembelian (PO) boleh dibatalkan sekiranya Pesanan Penghantaran (DO) masih belum dilakukan. pembatalan hanya boleh dilakukan oleh Pelulus sahaja.

S12 : Adakah catalog yang dicipta oleh pembekal di dalam sistem SPE MARA sama dengan eP Kerajaan?
Tidak, katalog yang dicipta di dalam sistem SPE MARA hanya boleh digunakan di dalam sistem SPE MARA sahaja dan tidak mempengaruhi katalog dalam eP Kerajaan.

S13 : Adakah MARA mengadakan program seminar kepada pembekal-pembekal?
Ya, Pihak MARA menyediakan program seminar kepada pembekal dari semasa ke semasa. Para pembekal akan dimaklumkan mengenai program ini, samada melalui email ataupun akan dihubungi terus melalui telefon. Pembekal juga boleh menghubungi Khidmat Bantuan Sennego di talian 603 7787 9734 untuk menyertai program seminar pembekal.

S14 : Bagaimanakah pembekal MARA boleh menghubungi MARA sekiranya terdapat sebarang masalah?
Mereka boleh menghubungi talian umum MARA iaitu 03-26915111

 
 
 
   
 
© Copyright Majlis Amanah Rakyat (MARA). All rights reserved. Terms.