» SPE MARA INTRODUCTION  
» ???index.pekeliling???  
» SISTEM'S FEATURES AND BENEFITS  
» SUPPLIER REGISTRATION  
» FAQ  
» CUSTOMER SERVICE  
 
     
     
 
 
     
 
     
     
 
     
     
 
 
FEATURES AND BENEFITS OF SPE MARA
Secara keseluruhannya, SPE MARA ini dibangunkan telah mengambilkira beberapa ciri yang akan dapat memberikan manfaat kepada 2 pihak iaitu ; pengguna MARA dan juga pembekal.

1)
Titik permulaan mempertingkatkan sistem panyampaian pihak MARA secara menyeluruh
2)
Proses pendaftaran dan perolehan yang lebih mudah, cepat dan selamat
3)
Urusniaga yang boleh dilaksanakan secara terus di dalam talian pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Benefits to MARA users :

1)
Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisien selari dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi. SPE MARA merupakan jentera kepada MARA untuk melangkah ke dalam ekonomi baru dan mempromosikan Perniagaan Elektronik secara meluas dalam negara.
 
2)
Pengurangan kos operasi berdasarkan masa. Pihak MARA akan dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi melalui penggunaan SPE MARA kerana proses urusniaga dikurangkan dan diringkaskan.
   
3)
Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta yang terkini. Pengguna MARA akan dapat mengakses serta-merta kepada pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi SPE MARA, dan ini akan menjadikan mereka sebagai pengguna yang lebih sedia maklum.
   
4)
Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara atas talian (online). SPE MARA akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini yang pastinya dapat membantu pengguna membuat pilihan perolehan yang lebih tepat.
   
5)
Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Melalui penggunaan SPE MARA, secara tidak langsung menggalakkan kadar tenaga kerja celik IT yang lebih ramai dalam sektor kerajaan dan swasta.
   
6)
Proses perolehan dan pembayaran akan dapat diproses dengan lebih baik. Dengan SPE MARA, pengguna MARA dengan mudah dapat memantau dan menjalankan proses audit perolehan yang telah dibuat.

Kelebihan kepada Pembekal :

1)
Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pengguna MARA pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
 
2)
SPE MARA membolehkan peralihan pembekal kepada perniagaan secara elektronik, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan perniagaan elektronik
   
3)
Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep perniagaan elektronik dengan lebih cepat dengan penggunaan SPE MARA
   
4)
Promosi barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah jualan
   
5)
Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan promosi tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
   
6)
Aktiviti perniagaan dapat dipercepat dan dimudahkan seterusnya dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui SPE MARA, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pengguna.
   
7)
Pembekal akan menerima bayaran yang cepat apabila proses pembayaran dapat dipercepatkan
 
8)
Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. SPE MARA mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat.
 
 
 
   
 
© Copyright Majlis Amanah Rakyat (MARA). All rights reserved. Terms.